Dihantar Oleh Pada 27 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1/2 ekor ayam
Description

Masakan untuk mereka yang berdiet,masa memasak dan persediaan lebih kurang 45 minit ke 1 jam terpulang pada ketuhar yang digunakan

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam bersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
  • 5 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • Garam dan gula melaka sedikit lada hitam
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • Bahan untuk perap:
  • 5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam
Cara-cara
  1. Tumbuk halia dan bawang putih serta garam,lumurkan pada ayam,biarkan sebentar

    open-uri20151010-29872-18upxbc
  2. Sementara itu siapkan bahan bahan untuk disapukan pada ayam nanti..bumbunya.

  3. Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram,lada hitam,gula melaka,kicap pekat,madu dan pati ayam kacau sampai sebati

    open-uri20151010-29872-1ei6y45
  4. Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celsius,bakar sehingga masak,tapi jangan sampai kekuningan.

  5. apabila masak,keluarkan ayam,lumurkan dgn bumbunya tadi,masukkan dalam ketuhar kembali,bakar selama 5 minit.Harus berhati hati kerana pada tahap ni,ayam cepat hangus.

  6. Keluakan ayam sekali lagi,terbalikkan,sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi,bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan.Siap untuk dihidang.

    open-uri20151010-29872-1wn59e9
Tags 
  •   ayam