Dihantar Oleh Pada 16 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6-8 orang
Description

Resepi ni dari majalah Wanita simpanan mak Jun..dah lama laa.

Share:
Bahan-bahan
  • Untuk rebus:
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2cm halia yang diketuk
  • Untuk perap:
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit kicap cair
  • Untuk nasi:
  • - 5 cawan beras
  • - 3 sudu besar mentega
  • - 1cm halia - ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • - Air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • 1/2 cawan air
  • Untuk sup:
  • Lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • Rempah sup
  • Garam
  • Daun sup yang dihiris
Cara-cara
  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)..bersihkan dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 2 cm halia yang diketuk..dan rebus hingga empuk.

  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.

  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan mentega, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

  4. Untuk sos - kisarkan semua bahan di atas. Boleh ditambah sos tomato/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka).

  5. Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.