Dihantar Oleh Pada 20 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: -
Description

Cam kak dayang_jack... 'menambahkan koleksi resipi' sup telur... kihkihkih

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • Su'un (direndam)
  • Tauhu kering (direndam dan dipotong kecil)
  • 1 ulas bawang kecil (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 kiub ikan bilis maggie
  • 1/2 kiub daging lembu Knorr
  • Sup bunjut
  • Air secukupnya (lebih kurang 3-4 gelas)
  • Garam
  • Perasa
Cara-cara
  1. Goreng bawang dengan lebihan minyak ikan sehingga naik bau.

  2. Masukkan air, sup bunjut, kiub dan kentang. Didihkan dan masak sehingga kentang empuk.

  3. Kemudian masukkan su'un, tauhu kering, garam dan perasa.

  4. Slowkan api, pecahkan telur dan biarkan telur masak. Pastu bolehlah dihidangkan.

Komen