Dihantar Oleh Pada 15 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Sedap! Terima kasih kepada kak Siti Mistima kerana sudi kongsi resepi ni.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan inti pai:
  • 250 gram daging cincang
  • 100 gram cendawan (kalau ada peruntukan lebih, lagi sedap guna cendawan segar jenis portabello, kalau susah cendawan butang dalam tin pun ok)
  • 1 biji bawang besar yang warna kuning (potong dadu)
  • 2 sudu besar sup cendawan (krim) brand Campbell
  • Boleh juga masukkan sayuran lain seperti saderi, lobak merah atau brokoli
  • Bahan perasa pai ('topping'):
  • Kentang lenyek (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai kentang lenyek segera
  • Keju mozarella
Cara-cara
  1. Goreng bawang sampai agak layu.

  2. Masukkan cendawan (langkah ni kalau guna cendawan segar) kalau tak, langkau je ke langkah seterusnya.

  3. Masukkan daging cincang, goreng agak-agak nak kering..

  4. Masukkan krim cendawan, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.

  5. Masukkan cendawan dan sayuran lain.

  6. Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab krim cendawan tu dah masin.

  7. Ketepikan..

  8. Letak inti dalam loyang atau bekas aluminium macam yang saya guna tu pun ok.

  9. Letak kentang lenyek, taburkan keju mozzarella.

  10. Bakar dalam oven atau ketuhar untuk keringkan kentang dan cair kan keju. (Biasanya dalam 10-15 minit je).

  11. Sedap dimakan panas-panas.

Komen