Dihantar Oleh Pada 19 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang makan
Description

Sedap di makan dengan Roti putih gardenia @ roti perancis...rasanya masam2 manis..

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng
Cara-cara
  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan

  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula

  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih

  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..

  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..

  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..

  7. ::Selamat Mecuba::