Resepi Paru Goreng Bercili

 Dihantar Oleh Pada 17 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8-10 orang makan
Description

Resipi dari kakak Ipar..masakan Jawa, sesuai dimakan bersama nasi putih dah di hidang bersama juadah hari raya.. di samping menambah koleksi Resipi paru di MyR

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg paru di belah 4, cuci bersih dan di rebus dengan sedikit garam
  • 10 batang cili padi- ikut suka (lebihkan jika suka pedas)*
  • 1 batang serai*
  • 1 inci halia*
  • sehiris lengkuas*
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • kisar bahan bertanda*
  • sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Paru yang telah direbus dihiris dan digoreng hingga agak garing, kemudian ditoskan..

  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak, masukkan sedikit air asam jawa dan garam

  3. Masukkan paru yang telah digoreng dan gaul hingga sebati dan agak garing..

  4. Sedia untuk dihidang.. ::Selamat Mencuba:: (^_*)

Tags 
  •   paru
  • Komen