Resepi Talam Tokyo

 Dihantar Oleh Pada 17 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang saiz 8x8 inci
Description

special bagi penggemar kuih talam

Share:
Bahan-bahan
  • Lapisan bawah:
  • 1 cawan sagu biji
  • 1 peket kecil suhun -rendam hingga lembut
  • 1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja
  • 1/2 cawan santan cair
  • secubit garam
  • Lapisan atas:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 1/4 cawan santan
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • sedikit pewarna hijau dan kuning
Cara-cara
  1. sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.

  2. untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.

  3. apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka.

  4. untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus...

  5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.

  6. kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana.

  7. Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning

  8. kukus hingga masak.slalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer.Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih.nanti tak cantik pulak kuih talam tu.tapi saya guna aluminium foil jer.boleh juga...

Komen