Dihantar Oleh Pada 14 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10biji
Description

Kuih Doraemon. Anak-anak suka..(lupa lah dapat dari mana..internet kot)

Share:
Bahan-bahan
  • 120gm tepung serbaguna
  • 175gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik dicampur dalam 4-5 sudu besar air
  • 3 biji telur
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.

  2. Masukkan campuran air dan serbuk penaik tadi ke dalam campuran telur dan gula. Pukul.

  3. Masukkan tepung. Pukul sebati.

  4. Panaskan kuali..(seeloknya guna kuali yang tidak melekat tu)..sapu minyak sedikit (macam buat kuih gulung tu). Tuang satu cedok adunan tadi (ikut saiz yang disukai).

  5. Biar perang sedikit. Angkat. Biar sejuk. Akhir sekali isi jem ke, kaya ke..lapik dua. Sedia untuk dimakan..