Resepi Ayam Goreng Berempah

 Dihantar Oleh Pada 14 January, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Tambahkan lg koleksi resepi ayam goreng berempah (versi dayang). Sedap dan sgt mudah utk menyediakannya.

Share:
Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang serai (ditumbuk kasar)
  • 1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
  • 1 biji telur
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.

  2. Hidangkan panas2.

Tags 
  •   ayam
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua