Dihantar Oleh Pada 11 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resepi ni saya mintak kat tokey restoran. Nasib baik laa dia tak kedekut ilmu..

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.

  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.

  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.

  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.

  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.

  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.