Resepi Pizza Gebu

 Dihantar Oleh Pada 11 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 orang makan
Description

Pizza mudah. Resepi tiru kawan-kawan bloggers dengan beberapa pengubahsuaian.

Share:
Bahan-bahan
  • 250 gm tepung gandum/roti
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh yis kering/mauripan (campur 1/2 cawan air suam, biar hingga kembang)
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1/2 biji capsicum hijau dan merah (topping)
  • 4 batang sosej dipotong bulat nipis (topping)
  • 1/2 biji bawang besar didadu (topping)
  • Serbuk oregano, sos pizza dan keju mozzarella
Cara-cara
  1. Gaulkan semua bahan kecuali yis

  2. Masukkan yis sedikit-sedikit sambil menguli.

  3. Uli hingga doh menjadi lembut & licin tak melekat di tangan. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan hingga naik 2 kali ganda.

  4. Tumbuk doh untuk buang angin dan canai membentuk bulat seperti pizza biasa.

  5. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Sapukan sos pizza kemudian letakkan bahan topping mengikut citarasa.

  6. Akhir sekali taburkan serbuk oregano & keju mozzarella dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 min.

Komen