Resepi Kek Black Forest

 Dihantar Oleh Pada 08 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Saiz 9"
Description

Resepi ini saya ambil dari Mamawandiha's Blog.

Share:
Bahan-bahan
  • 120 gm gula kastor
  • 100 gm tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
  • 20 gm serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
  • 1 sk esen vanila
  • 20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)
  • Untuk hiasan : Nondiary whipping cream (dipukul sehingga kembang-saya tidak guna banyak, takut muak), Jem blueberry (buah) Ceri merah, Chocolate rice (sorilah campur-2 bahasa)
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.

  2. Perlahankan putaran, masukkan minyak.

  3. Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.

  4. Sejukan kek, potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.

  5. Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. Saya memang sapu sedikit.

  6. Hiaslah mengikut citarasa kita.

  7. Saya harap Mamawandiha tidak marah sebab saya berkongsi resepinya. Terima kasih banyak sebab selama ini saya rasa susah sangat hendak buat kek ini. Anak-2 siap suruh sambut harilahir ayahnya pada 3 Muharam 1430H. Kawan sepejabat pun hampir tidak sangka, anyway memang SEDAPPPP...., mudah dan ringkas.

Tags 
  •   kek