Dihantar Oleh Pada 13 December, 2006
Description

Kentang lenyek mudah.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar mentega
  • 3~4 sudu besar susu segar
  • Sedikit garam
  • Sedikit parsley - dicincang (jika suka)
Cara-cara
  1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagian. Rebus sehingga empuk.

  2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.

  3. Panaskan mentega, susu dan garam. Apabila mentega dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.

  4. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.