Resepi Oreo Cheese Cake

 Dihantar Oleh Pada 01 January, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: (loyang bulat 8 inci)
Description

Resepi dari geng blogger jugak ni..Joyce..memang sedap and ez to prepare..dah lama buat, suka nk share kat sini..

Share:
Bahan-bahan
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
  • Bahan Filling:-
  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara-cara
  1. Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

  2. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.

  3. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.

  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.

  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.

  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua