Resepi Strawberi Coklat

 Dihantar Oleh Pada 31 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15-20 biji
Description

Sedap dan menyelerakan. Resepi sendiri, ringkas dan mudah.

Share:
Bahan-bahan
  • 15-20 biji buah strawberi segar (dicuci dan dilap kering)
  • 70-80 gm coklat masakan (dihiris kecil)
  • 1 sudu besar gula icing
  • 2 sudu makan susu segar
  • 1 sudu besar marjerin
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali strawberi di dalam mangkuk tahan panas. Panas dan cairkan bahan ini secara 'double boiler'. Kacau perlahan. Biarkan separuh sejuk.

  2. Celupkan buah strawberi satu persatu ke dalam kuah coklat td dan letakkan di atas kertas foil/kertas silikon. Kemudian simpan di dlm peti sejuk seketika (kalau x sejukkan pun xpe, coklat tu akan keras sendiri pd suhu bilik).

  3. Siap dah. Kepada penggemar, silalah cuba...

    data.jpeg