Resepi Sambal Bilis Kentang Pedas Berapi

 Dihantar Oleh Pada 31 December, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 org
Description

Resepi ciptaan sendiri yang menjadi favourite suami..

Share:
Bahan-bahan
  • Ikan bilis 50 gram
  • Ubi Kentang 3 biji
  • Cili Padi @ Cili Burung 20-30 biji
  • Bawang Kecik/Merah 10 biji(3 ditumbuk,7 dihiris)
  • Bawang Putih 4 ulas
  • Serai 1 batang(diketuk)
  • Cili Merah 3 biji
  • Asam Keping 1 @ 2
Cara-cara
  1. Tumbuk 3 biji bwg merah dan semua bawang putih. (Jgn Blend sbb nanti sambal ni jd berair)

  2. Tumbuk juga cili padi dan cili merah

  3. Goreng ikan bilis sampai garing dan angkat.

  4. Ubi Kentang dipotong kiub kecil dan digaul bersama garam dan serbuk kunyit. Seterusnya digoreng hingga sedikit garing dan angkat.(Deep fry)

  5. Gunakan kuali lain,tumis bahan2 yang ditumbuk dan juga masukkan serai yang telah diketuk.

  6. Setelah bahan tumisan agak garing, masukkan sedikit garam.

  7. Masukkan bawang merah yang dihiris.Goreng hingga bawang btul2 garing.

  8. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yg telah digoreng.

  9. Untuk nampak cantik,letak sedikit serbuk kunyit dan last sekali masukkan asam keping.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua