Resepi ?Roti Naan Gorengâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 29 December, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Roti naan biasa dibakar di dlm oven khas atau oven biasa,tapi roti naan ini digoreng di dlm minyak terendam tetapi rotinye tidak berminyak...sedap dimakan dgn apa saja lauk pilihan....selamat mencube dan Salam Ma'al Hijrah....

Share:
Bahan-bahan
  • 500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) - diayak(akak gune tepung gandum)
  • 2 sk baking powder-diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml air- (10 sb)
  • 3 sb susu manis
  • minyak masak untuk goreng terendam
Cara-cara
  1. Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.

  2. Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.

    open-uri20151010-29872-bcssk5
  3. Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.

    open-uri20151010-29872-19rs1yd
  4. Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.

    open-uri20151010-29872-vshexg
  5. Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.

    open-uri20151010-29872-1yuo29s
  6. Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.

    open-uri20151010-29872-hwkb0l
  7. Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.

    open-uri20151010-29872-11qymdo
  8. Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

    open-uri20151010-29872-140johq
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua