Resepi Koktail Kastad Buah

 Dihantar Oleh Pada 28 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 orang
Description

Sedap dimakan sejuk2...nyaman je masuk tekak. Belajar dari biras...

Share:
Bahan-bahan
  • ** Bahan untuk kastad :
  • 1 cawan tepung kastad
  • 4 cawan air
  • 2 camca besar gula
  • ** Bahan2 lain :
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 1 tin koktail buah2an campuran
  • 1 tin longan
  • Air masak secukupnya
Cara-cara
  1. ** Untuk Kastad : campurkan semua bahan untuk kastad ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

  2. ** Untuk Kuah : Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.

  3. Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.

  4. Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.

  5. ** Cara Menghidang : Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil untuk menghidang.

  6. Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati...!

  7. ** Untuk jamuan @ open house, campurkan kuah, kastad dan buah2an dlm punch bowl & biarlah tetamu ceduk sendiri.....!