Dihantar Oleh Pada 12 December, 2006
Description

Kena masak lama sikit untuk lembutkan daging.

Share:
Bahan-bahan
  • 300 g daging
  • 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
  • 5 sudu gula merah/gula melaka
  • 2/3 cawan gula putih
  • Garam
  • 1 cawan air asam jawa
  • ½ cawan santan pekat
  • Bahan-Bahan Tumis:
  • 2 batang serai
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • ¼ cawan minyak masak
  • Bahan-Bahan Kisar: (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 ulas bawang merah
  • 6 biji buah keras
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
Cara-cara
  1. Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar. (Setengah halus dan setengah kasar).

  2. Daging direbus sehingga lembut. Keluarkan daging dan potong dadu. Stok daging disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.

  3. Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.

  4. Masukkan semua bahan kisar tadi. Biar garing sehingga pecah minyak.

  5. Masukkan air asam jawa dan stok daging. Masukkan daging yang telah dipotong tadi.

  6. Tambah gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.

  7. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.

  8. Siap untuk dihidang...

Komen