Resepi Temosa

 Dihantar Oleh Pada 26 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Kuih pantai timur.

Share:
Bahan-bahan
  • Ikan kembung 4 ekor
  • 1/2 kotak santan (boleh tambah air kalau pekat)
  • 5 Biji bawang merah di tumbuk atau di cincang
  • Sedikit halia; tumbuk sampai hancur
  • Sesudu besar halba
  • Telur rebus (optional)
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Rebus ikan dan ambil isi sahaja.

  2. Blend isi ikan dengan santan hingga halus. Masak dalam kuali dgn api sederhana.

  3. Setelah santan sedikit kering, masukkan bawang, halia, halba dan garam. Kalau suka boleh masukkan sedikit hirisan cili. Masak hingga kering

  4. Untuk kulit puff, gaul tepung dgn butter hingga jadi breadcrumb. Tambah air sejuk dan uli hingga jadi doh. biarkan sebentar.

  5. Buat macam karipap, jika suka masukkan sekali peingan telur rebus dalam inti dan goreng hingga keemasan.