Resepi Sotong Goreng Tepung Berlada

 Dihantar Oleh Pada 23 December, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 5 org makn
Description

resepi ni saya reka sendiri, kononnya nak ikut mcam ala2 chinese style tapi x berapa nak jadi, so saya ubah dgn cara sendiri, boleh laa cuba sndiri ya.

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg sotong
  • 1kotak tepung goreng ayam kentucky
  • 2biji telur (ambil yg putih saja) perlu dipukul tlebih dahulu
  • 400 gram gajus (digoreng dan asingkan)
  • 4 tangkai daun bawang (dipotong dlm 3inci)
  • 1 labu bawang besar (di hiris)
  • 5 tangkai cili kering (digoreng dan asingkan)
  • 5 sudu besar cili boh (terpulang pada individu jika mau pedas)
  • garam dan sedikit gula, ikut rasa masing2
  • 1 peket kecil sohoon (digoreng dan asingkan)
  • 1 kiub ikan bilis
  • sedikit sos thai
Cara-cara
  1. bersihkan sotong kemudian potong kecil, toskan airnya.

  2. Pukul putih telur, celup sotong kedalam putih telur, kemudian masuk kedalam tepung goreng ayam kentucky dan goreng sehingga kekuningan dan asing kan.

  3. Gorengkan gajus, cili kering, sohoon dan ketepikan

  4. Tumis bawang putih dan merah yg telah dikisar sehingga naik bau kemudian masukkan cili boh, 1 kiub ikan bilis, garam gula dan cili sos thai secukup rasa.

  5. Kemudian masukkan sotong goreng tepung dan gaul rata, setelah smuanya sebati dgn smbal boleh laa di masukkan cili kering, bawang besar yang di mayang, daun bawang dan gajus, gaul rata.

  6. Akhir sekali masukkan sohoon goreng dan gaul smuanya sehingga sebati. siap untuk dihidang, Selamat Mencuba....

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua