Resepi Sayur Tumis Bebola Ikan

 Dihantar Oleh Pada 21 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

menu sihat..hehehe..

Share:
Bahan-bahan
  • Ikan Selayang (di ambil isi sahaja dan kisar halus serta di buat bebola )
  • 1 biji bawang besar – mayang
  • 4 biji bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • Air
  • Kubis
  • Bunga kubis
  • Putik jagung
  • Cili merah / hijau – di hiris
  • Lada hitam – tumbuk
  • Gula, garam dan ajinamoto
Cara-cara
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

  2. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.

  3. Masukkan bebola ikan dan biarkan sehingga ikan masak dan masukkan lada hitam dan bahan perasa secukupnya.

  4. Kemudian masukkan semua sayur, bawang besar dan suhun. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api. Selamat mencuba…