Resepi Lala Masak Pedas

 Dihantar Oleh Pada 21 December, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang makan
Description

Resepi daripada sepupu

Share:
Bahan-bahan
  • 500gm lala
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (di potong 4)
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar (di potong 4)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili & sos tomato
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • * optional: Tambah cili api untuk yang suka lebih pedas
Cara-cara
  1. Lala di rendam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.

  2. Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih

  3. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.

  4. Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.

  5. Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.

  6. Ketuk serai dan potong kecil. Masukkan ke dalam tumisan.

  7. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.

  8. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.

  9. Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)

  10. Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah di racik.

  11. Siap! Sedap di makan dengan nasi putih.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua