Dihantar Oleh Pada 19 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 35 biji(saiz besar sikit daripada ibu jari dewasa)
Description

Kuih orang lama. Hati-hati untuk yang pakai gigi palsu...tercabut naya...Hi hi hi

Share:
Bahan-bahan
  • 5 cawan tepung pulut
  • 2 cawan santan pekat (guna cawan yg sama utk sukat tepung tadi)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 8-10 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu garam
  • daun pisang secukupnya untuk balut.
Cara-cara
  1. Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam dalam bekas. Kacau hingga semua bahan larut.

  2. Tapiskan ke dalam tepung yang telah tersedia dalam bekas lain.

  3. Gaul dan uli sampai sebati menjadi doh.

  4. Ambil sedikit dan gentel (utara- gelinte) menjadi panjang. Letakkan atas daun pisang. Lipat macam tepung bungkus.

  5. Pastikan bahagian selisihnya kemas, bimbang apabila dikukus ianya akan membuak keluar.

  6. Susun dalam pengukus dan kukus untuk 25-30 minit.

  7. Apabila dah sejuk..makan le.

  8. **Walaupun ianya liat tetapi tak melekat kat daun pisang sebab ada santan. Selamat mencuba.***

Komen