Resepi PUDING BISKUT

 Dihantar Oleh Pada 18 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 7-8 orang
Description

Tidak menggunakan telur. Sesuai untuk minum petang atau jamuan.

Share:
Bahan-bahan
  • 10 gram agar-agar (maksu guna agar-agar panjang)
  • 1/2 tin susu sejat
  • 8 sudu gula
  • 8 keping biskut 4 segi ( dihancurkan)
  • 3 sudu butter
  • 6 cawan air
  • sedikit garam
  • 2 sudu tepung kastad
Cara-cara
  1. Guna 8 cawan air untuk rebus agar-agar dan gula hingga betul-betul larut.

  2. Bancuh tepung kastad dalam susu sejat dan masukkan dalam agar-agar tadi.

  3. Masukkan butter dan garam. Kacau hingga butter cair.

  4. Masukkan serbuk biskut.Kacau sebentar dan tutup api.

  5. Tuang dalam bekas.Apa-apa bekas pun tak apa.

  6. Biarkan sejuk baru dipotong. Boleh juga dimasukkan ke dalam peti ais jika suka.

Komen