Resepi Thai Mango Salad

 Dihantar Oleh Pada 10 December, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 Orang
Description

Masakan Thai yg telah diubahsuai. Mango boleh digantikan dgn apple hijau.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji Mango Hijau (dipotong memancang macam mancis)
  • 1 biji timun (buang biji, dipotong memancang macam mancis)
  • 1 lobak merah (dipotong memancang macam mancis)
  • ½ biji bawang besar (dihiris nipis, direndam dalam air garam selama 30mins)
  • 1 pokok kecil Daun Ketumbar (dipotong sama size dgn mango)
  • 1 sudu besar udang kering (dicuci and diketepikan)
  • 300gm udang atau sotong (dibersihkan)
  • **Bahan-bahan untuk dressing**
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm Halia
  • 1 biji Chili Padi/Api (buang bijinya)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar Sos Ikan
  • 3 sudu besar jus lemon
Cara-cara
  1. Rebuskan udang atau sotong sampai masak, keluarkan dari air panas dan terus dimasukkan dalam air sejuk dgn ketulan ais. Rendam selama 5 mins dan diketepikan (simpan dlm peti sejuk).

  2. Masukkan mango, timun, lobak merah, bawang besar dan daun ketumbar dalam mangkok besar, dan gaul sehingga rata. Disimpan dalam peti sejuk sebelum makan.

  3. Sediakan dressing. Tumbukkan bawang putih, halia dan chili padi, masukan gula, sos ikan dan jus lemon. Dikacaul sampai sebati.

  4. Taruh bahan-bahan (2) dalam pinggan (biar macam bukit), taburkan udang dan udang kering.

  5. Ini gambar salad saya buat dgn kaki ayam yg telah dibuang tulangnya. Kat sini boleh beli kat kedai Vietnamese.

    data.jpeg
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua