Resepi Pulut Kuning Kukus

 Dihantar Oleh Pada 17 December, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 9"
Description

Cara ibu mertua masak pulut kuning

Share:
Bahan-bahan
  • 500 gm beras pulut
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • Sedikit pewarna kuning
  • 500 ml santan - 200 ml santan pekat dicampur dengan 300ml air
  • 1 camca kecil garam
Cara-cara
  1. Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan pewarna kuning selama 2 ~ 3 jam. Toskan. Panaskan kukusan.

  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang pengukus.

  3. Campurkan garam ke dalam santan dan kacau rata.

  4. Tuangkan santan ke dalam loyang yang berisi pulut. Ratakan.

  5. Kukus selama 30 - 40 minit. Siap!!! Sedap dimakan bersama rendang daging @ ayam.

  6. ** Kalau tak nak pulut kuning, tak perlu masukkan serbuk kunyit dan pewarna semasa merendam pulut.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua