Dihantar Oleh Pada 10 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 orang
Description

Wasiat dari mak!

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg kacang tanah
  • 2 batang serai
  • 1inci halia, lengkuas - ambil airnya
  • 3 senduk gula atau ikut suka
  • 1 mangkuk air asam jawa - bancuh cair
  • 20 tangkai cili kering
  • 1/3 belacan
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 3 senduk minyak masak
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

  2. Goreng cili kering, bawang merah, belacan hingga naik bau. Jangan lama sangat.

  3. Serai, lengkuas, halia dimesin dan ambik airnya sahaja.

  4. Kesemua bahan ini dimesin dan disatukan dalam satu mangkuk.

  5. Air asam jawa dibancuh cair, masukkan ke dalam mangkuk tadi dan digaul hingga sebati.

  6. Masukkan minyak, tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi. Kacau hingga pecah minyak. Perlahankan api.

  7. Masukkan gula dan garam ikut suka. Kalau boleh biarlah rasanya manis-manis buah!