Tea Latte

Resepi Tea Latte

 Dihantar Oleh Pada 14 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk secawan
Description

untuk yang suka teh.. mesti sayang nak minum..cantik sangat

Share:
Bahan-bahan
  • 2 sudu kecil serbuk teh atau 2 uncang teh
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 3/4 cawan air panas ( betul betul panas )
  • 1/4 cawan air panas ( untuk rendam teh )
Cara-cara
  1. Rendam teh dalam 1/4 air panas mendidih hingga kembang dan pastikan ia pekat

  2. dalam bekas berasingan, bancuh susu pekat dan air panas dan tarik air susu tu hingga berbuih.. macam teh tarik tu la

  3. masukkan bancuhan susu tarik tadi kedalam cawan yang nak di hidang. Mesti guna cawan yang transparen. kalau tak nanti tak nampak la rupa ala latte tu.

  4. make sure air susu tu berbuih dan sampai paras penuh cawan tu.

  5. Lepas tu secara perlahan lahan tuangkan teh pekat tadi ( ikut tepi cawan, jangan tuang sekali banyak nanti tak jadi )

  6. ha.. anda akan nampak teh tu terapung di bawah buih susu tadi.. hias lah ikut suka.. boleh spray kan whip cream kalau suka..

  7. Kalau tak suka teh boleh di tukar dengan nescafe. Selamat mencuba!!

Komen