Resepi Ikan Bawal Goreng Tauchu

 Dihantar Oleh Pada 07 December, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-4 orang makan
Description

Masakan simple. Kalau balik kerja, dh penat sangat. Cepat n mudah disediakan

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 cm halia *
  • 1/2 biji capsicum merah - potong memanjang
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong memanjang
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat2
  • 1 biji tomato - potong 8
  • 2 sudu besar tauchu Tamin
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • sedikit gula
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, letak kunyit dan garam, kemudian goreng hingga garing

    open-uri20151010-29872-ybxc3m
  2. Bila ikan dah garing, angkat dan masuk dalam pinggan lonjong

  3. Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga hancur

    open-uri20151010-29872-1lnej1h
  4. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau

    open-uri20151010-29872-15rne82
  5. Masukkan bawang besar, kacau. Masukkan capsicum, kacau lagi

    open-uri20151010-29872-1i7kzqh
  6. Masukkan tauchu. Jangan ambil airnya, masin!

    open-uri20151010-29872-1d7x4ds
  7. Masukkan air asam dan sedikit air. Rasa... Selalunya tak perlu masukkan garam. Tauchu tu dah cukup masin.

  8. Kalau dah termasin, masukkan sedikit gula. Sikit je... jangan sampai manis pulak.

  9. Akhir sekali, masukkan tomato. Gaul suma sekali.

  10. Masukkan ikan dan gaul hati-hati. Jangan sampai ikan hancur, lak

  11. Hidangkan panas-panas.

Tags 
  •   ikan
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua