Dihantar Oleh Pada 09 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Resepi ayam bakar yang paling sedap yang pernah saya cuba dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan.. pasti menjilat jari!

Share:
Bahan-bahan
  • 2.0 kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula
Cara-cara
  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.

  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.

  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.

  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais. (Lagi lama perap lagi sedap!)

  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat mencuba!