Resepi Pau Kacang Merah

 Dihantar Oleh Pada 03 December, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

Resipi ini dari mak saya.

Share:
Bahan-bahan
  • 600 g tepung gandum/tepung pau (saya gunakan Super Lite Flour)
  • 8 g yeast kering
  • 100 g gula pasir (dimasak bersama 1 cawan air sehingga gula larut)
  • 130 ml air
  • daun pisang (beberapa helai, dipotong empat persegi; 7cm x 7 cm)
  • Inti kacang:
  • 200 g kacang merah
  • air secukupnya ( utk rebus kacang)
  • gula pasir (secukup rasa)
  • beberapa helai daun pandan
Cara-cara
  1. Masak gula sehingga larut bersama secawan air.

  2. Campurkan yeast bersama air gula yang masih suam. Tunggu sehingga yeast berbuih dan kembang.

  3. Apabila yeast sudah berbuih dan kembang, masukkan tepung dan gaul. Masukkan air (130 ml) dan uli sehingga dough sebati dan lembut. Tunggu sehingga dough naik 2x.

  4. Panaskan kukus. Ambil sedikit dough dan masukkan inti kacang. Bulat-bulatkan dan alas dgn daun pisang. Tunggu sehingga pau naik sekali lagi sebelum dikukus dengan api yang besar selama lebih kurang 10 mins.

  5. Inti Kacang: Campur semua bahan dan masak sehingga kacang kembang dan pekat/kering. Sejukan sebelum dimasukkan kedalam dough pau. Boleh juga dimasak di dalam slow cooker.

Tags 
  •   pau
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua