Resepi Sup Daging Berempah

 Dihantar Oleh Pada 03 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: -
Description

sup ni makin dipanaskan makin sedap, daging menyerap rempah... *gambar hodoh skit sbb saya tak reti nak menghias sup... tau makan jek. hihihi..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo daging (dipotong kecil)
  • 1.8 liter air
  • *1 biji bawang besar
  • *7 biji bawang kecil
  • *7 biji bawang putih
  • *2 inchi halia
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1/2 sudu makan jintan putih
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sup bunjut
  • Garam
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Daging dalam keadaan suhu bilik agar tidak masak terlalu lama untuk empuk. Rebus dengan air bersama sup bunjut sehingga air rebusan menjadi separuh atau daging empuk.

  2. Blender bahan bertanda * dan tumis dengan minyak sehingga hampir garing.

  3. Kemudian tuang tumisan tadi ke dalam sup daging.

  4. Letak garam secukup rasa dan serbuk perasa (aji no moto) untuk perasa tambahan.

  5. Bila dah siap, bolehlah dihidang...