Resepi Umai Udang

 Dihantar Oleh Pada 03 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1-2 orang
Description

masakan 'ala sushi' dan jg masakan tradisi kaum Melanau di Srwk. Resepi ini menggunakan udang selain ikan/sotong. Ianya sgt enak dan tdk hanyir krn tlh diawetkan dgn pelbagai ramuan utk menghilangkan baunya.

Share:
Bahan-bahan
  • 5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil2)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 biji cili api (dihiris) - optional
  • 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar)
  • 1 sudu makan cuka
  • 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • sedikit garam dan gula
  • utk hiasan(jika suka) : daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai.
Cara-cara
  1. Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika. Gambar menunjukkan isi udang yang tlh dihiris. Kalau nak hiris memanjang pun ok.

    open-uri20151010-29872-pew25
  2. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)

  3. Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang td. Gaul sampai sebati. Gambar menunjukkan bahan-bahan yg digunakan utk memerap udang.

    open-uri20151010-29872-il3ukx
  4. Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam ( udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 td) gambar menunjukkan umai yang baru diperap sebelum masak.

    open-uri20151010-29872-11a4fd3
  5. Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.

  6. **ikan segar yg sgt sedap dibuat umai ialah ikan tenggiri (paling popular), terubuk, bawal dan ikan merah. Cara penyediaannya sama seperti di atas. Cume dayang ade tmbh2 sket.