Resepi Begedil Daging Cincang

 Dihantar Oleh Pada 08 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 orang
Description

Resipi dari ibu tersayang.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 biji kentang
  • Segenggam daging cincang Ramly
  • Daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • Satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (dipukul)
Cara-cara
  1. Kentang dipotong dan digoreng hingga garing.

  2. Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.

  3. Kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yang sudah dilenyek tadi.

  4. Setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.

  5. Gaul hingga semua bahan sebati. Kemudian ambil sedikit dan bulat-bulatkan dengan saiz sederhana.

  6. Akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.