Resepi Daging Gulai Kawah

 Dihantar Oleh Pada 02 December, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 org makan
Description

Masakan kelantan .... juga dipanggil gulai darat.. dimasak semasa kenduri kahwin... simple n sodap especiallay kalau guna daging hancur.... bukan daging kelas A....

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg daging hancur dibersihkan dan tos
  • Bahan A
  • 5 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit, 5 tangkai cili kering, 2 sudu besar ketumbar di goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus, 2 sudu kerisik, 1 sudu budu** optional, 2 sudu besar gula merah
  • Bahan B 1/2 kg santan atau 3 kotak kecil santan garam gula air asam jawa
Cara-cara
  1. Bahan A dikisar dan ditumis hingga wangi

    data.jpeg
  2. Gaulkan bahan A bersama daging yang telah ditos. Masukkan 1/3 daripada kesemua santan.Masak sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.Masa yang diambil utk daging empuk bergantung pada jenis periuk yg anda gunakan. Petuanya.. jangan masukkan garam selagi daging belum empuk.

  3. Apabila daging empuk, masukkan kerisik, garam dan gula, baki santan dan air asam jawa. Jika santan kotak digunakan, ianya perlu dicairkan dengan air.

    data.jpeg
  4. Masak sehingga mendidih. Sedia untuk dihidangkan

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua