Resepi Daging Masak Black Pepper

 Dihantar Oleh Pada 08 December, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

senang dan sedap!

Share:
Bahan-bahan
  • 200gm daging
  • 2 sudu makan black pepper
  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan susu cair
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • garam, aji, gula & minyak
Cara-cara
  1. Daging dihiris nipis², bawang putih & halia ditumbuk hingga lumat, blackpepper ditumbuk kasar, bawang besar dibelah 4.

  2. Perap daging bersama sos tiram, black pepper dan madu, selama 1 jam...lagi lama lagi sedap.

  3. Panaskan kuali, tumis halia & bawang putih hingga kekuningan.

  4. Masukkan daging...tambah sedikit air dan tunggu hingga daging empuk & masak...masukkan bawang besar tunggu hingga layu...bawang besar boleh diganti dengan daun saderi or daun sup...and rasa dia pun akan lain sket...hiks!

  5. Masukkan garam, aji, gula dan susu cair...kalau nak lebih creamy tambah susu cair lebih sikit.

  6. Siap untuk dimakan.