Resepi Apple Crumble

 Dihantar Oleh Pada 29 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 3-4 orang makan
Description

Resipi mudah bila teringin nak makan dessert tapi penyakit malas melanda.

Share:
Bahan-bahan
  • 3 biji apple hijau Granny Smith
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula (campur gula putih dan perang)
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1-1 1/2 cawan tepung (semasa di gaul dgn butter, campurkan secukup tupung sehingga adunan jadi seperti serbuk roti sahaja)
Cara-cara
  1. Panaskan oven 180 darjah.

  2. Kupas apple, buang bahagian tengah dan potong dadu. Gaulkan dengan 1/2 cawan gula, serbuk kayu manis, dan masukkan kedalam acuan.

  3. Didalam satu mangkuk, campurkan tepung, 1/4 cawan gula,dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Untuk memudahkan kerja, potong butter kecil-kecil sebelum digaulkan.

  4. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan. Siap untuk dinikmati begitu saja atau dengan aiskrim vanilla.

    open-uri20151010-29872-i2fen4
Komen