Sayur Bendi Goreng

Resepi Sayur Bendi Goreng

 Dihantar Oleh Pada 28 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

sayur paling mudah dan cepat dimasak, sedap dimakan. 10 minit boleh siap.

Share:
Bahan-bahan
  • bendi semangkuk dihiris serong2
  • 5 bijik bawang putih diketuk
  • 6 bijik cili padi dihiris serong2 (tak nak pedas pakai cili besar)
  • ikan bilis bersih dalam suku genggam
  • 1 1/2 sudu makan sos tiram cairkan dengan 1 sudu kecik air
  • 1 sudu kecil rata garam
Cara-cara
  1. panaskan 3 sudu minyak masak dan gorengkan ikan bilis hingga hampir masak (lebih kurang 1 min sahaja)

  2. masukkan bawang putih ketuk dan tumiskan hingga sedikit perang dan naik bau haruuum

  3. cepat2 masukkan bendi dan cili padi balikkan 2-3 kali, terus masukkan sos tiram dan garam

  4. dah siap. sedap dimakan dengan nasi panas panas. untuk perhatian, bendi jgn dibalik2 banyak kali takut berlendir.

Komen