Resepi Roti Canai Segera

 Dihantar Oleh Pada 28 November, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: anggaran dalam 10 biji
Description

sesuai untuk minum petang

Share:
Bahan-bahan
  • 2 setengah cawan tepung gandum (guna cawan mug)
  • 1 sudu makan mentega (di cairkan)
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 cawan air (untuk bancuhan tepung…agak2 ler)
  • sedikit garam halus
  • minyak masak
  • mentega
  • minyak sapi
Cara-cara
  1. Cairkan mentega. Bancuh susu pekat manis bersama air dan sedikit garam (air bancuhan tersebut perlulah cair).

  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung..gaul rata dan masukkan air susu yang telah di bancuh tadi sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yang licin..

  3. Bulat2kan menjadi doh yang kecil dan perapkan bersama sedikit minyak masak dan mentega lebih kurang setengah jam

    open-uri20151010-29872-1xgakoi
  4. canai doh tadi sehingga nipis (menggunakan teknik urutan) dengan menggunakan minyak masak.

    open-uri20151010-29872-1t36ihz
  5. Sapukan sedikit mentega pada doh yang di canai nipis tadi..lepas tu gulungkan doh tu macam ni :

    open-uri20151010-29872-d5go69
  6. Lepas tuh buat macam angka 8 dengan cara menggulungkan setiap hujung doh tu sehingga bertemu.

    open-uri20151010-29872-1ps2xi
  7. lipat dua angka 8 tadi untuk membentuk seperti bunga ros.

    open-uri20151010-29872-19px55q
  8. Penyek-penyekkan bunga ros tersebut sebelum menggoreng dengan api yg perlahan. Boleh menggunakan minyak sapi atau pun mentega untuk lebih rasa umphh..

  9. Notes: Untuk lebih rangup, goreng roti tanpa minyak terlebih dahulu, then baru letak minyak sapi/mentega..goreng sehingga garing dengan api yang perlahan..selepas digoreng bolela ditepuk2 dia semasa masih panas untuk lebih umphh…Doh yang telah dibentuk menjadi ros bole disimpan didalam freezer dan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menggoreng..untuk lebih tahan lama di dalam freezer, goreng roti separuh masak tanpa minyak then simpan didalam freezer sebelum di goreng garing

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua