Dihantar Oleh Pada 07 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Mudah dan fleksibel...rasa ala-ala makanan fusion (Italian Asian).

Share:
Bahan-bahan
  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  • 1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
  • 1 batang lobak merah - didadu
  • ½ tin cendawan butang - dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  • 2 biji tomato segar - dipotong enam
  • 100 gram daun parsley segar - dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
  • 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  • ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
  • Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 cawan minyak zaitun
  • Garam secukupnya
Cara-cara
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.

  2. Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.

  3. Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.

  4. Masukkan lada benggala, lobak merah dan cendawan dan tomato. Kacau rata.

  5. Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.

  6. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.

  7. Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.

  8. Mesti dihidang terus, panas-panas.

  9. Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi sos asas yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya 'monounsaturated', dan baunya juga lebih harum.