Dihantar Oleh Pada 28 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 18 biji
Description

resipi ni sesuai utk roti juga. x payah pakai bread maker atau mixer, pakai tangan jer...insyaallah lembut sgt adunannye walopun dah goreng @ bakar lame...

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan² untuk donat:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sb margerin
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sb gula halus
  • 1 sb bread softener
  • 1 st bread improver
  • 2 st yis
  • 125 ml air suam
  • Bahan² untuk sira:
  • segenggam cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sudu makan cuka
Cara-cara
  1. Cara² untuk donut

  2. Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.

  3. Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda.

  4. Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. sapa yg ada donut cutter boleh terus canai n terap. saya x de, so bulatkan adunan sebanyak 18 biji sama besar, buat lubang menggunakan jari.

  5. sementara buat lubang adunan yg seterusnya tu, adunan pertama dah naik. habiskan membentuk donut baru digoreng. mulakan gorengan dengan donut yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan.

  6. toskan dan biarkan sejuk sebentar.

  7. cara2 untuk sambal

  8. Blend lada kering dan bawang putih dan tumis hingga garing.

  9. Masukkan gula dan cuka. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.

  10. Kacau lagi hingga timusan garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.

  11. Dengan api yg pqaling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.

  12. matikan api n sedia dihidang.

Komen