Dihantar Oleh Pada 26 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Hidangan Sekeluarga
Description

Walaupun mudah,tp ttp terangkat..

Share:
Bahan-bahan
  • 500g daging - potong,bersihkan dan tos air.
  • 2cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 sudu mkn(penuh) serbuk kari (sy guna ayam brand)- campurkn dgn sedikit air hingga jd paste
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • 1 batang serai - dititik
  • Air,garam,gula dan perasa secukupnya..
Cara-cara
  1. Tumbuk halia bersama bawang merah dan bawang putih..boleh letak belacan jika suka.

  2. Panaskan minyak dan tumis bhn yg dtumbuk td hingga kekuningan(kalau suka,leh tumis rempah tumis terlebih dahulu-jintan manis,pelaga,kayu manis). Masukkan serai yg sdh dtitik dan paste kari..kacau goreng sehingga kari betul2 masak dan pecah minyak..(gunakan api perlahan-sederhana)

  3. Setelah kari masak,masukkan daging dan kacau rata..tutup periuk dan tunggu sehingga daging mengecut dan airnya mengering barulah masukkan air asam jawa.

  4. Kacau seketika dan masukkan air,garam,gula dan perasa secukupnya..Masak sehingga daging empuk..Jika daging belum empuk gak,tambahkan air dan tutup periuk.setelah air sedikit surut(cam air sungai lak ye)..dan daging pun empuk,tutup api dan sedia untuk dhidangkn.. SELAMAT MENCUBA! :)

Komen