Resepi Lontong Goreng

 Dihantar Oleh Pada 05 December, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-4 orang makan
Description

Ubah suaikan nasi impit yang tak habis menjadi sarapan pagi yang lengkap...

Share:
Bahan-bahan
  • 2 bungkus nasi impit yang telah direbus
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
  • 1 sudu makan udang kering
  • 3 sudu besar sayuran campuran
  • 2 biji telur sederhana besar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • daun sop/bwang dan bwang goreng ( untuk hiasan dan tambahan rasa )
Cara-cara
  1. Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka)

  2. Mesin bawang besar, bwang putih dan udang kering

  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh

  4. Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata.

  5. Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati

  6. Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata

  7. Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sop/bawang dan bawang goreng.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua