Dihantar Oleh Pada 25 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Kerutup menggunakan rempah buatan sendiri. Tidak perlu rempah instant.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 2 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 sudu teh lada hitam 3 sudu teh ketumbar 4-5 biji cili kering dipotong dan dibuang biji
  • Bahan B 1 inci lengkuas 1/2 inci halia 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 batang serai 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Bahan C 800gram daging 2 sudu besar kerisik 1/2kg santan 1 keping gula melaka kelantan 2 biji tomato 2 biji cili merah daun ketumbar untuk hiasan
Cara-cara
  1. Bahan A dibersihkan dan di goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga garing

  2. Tumbuk atau kisar bahan A hingga halus

  3. Kisar atau tumbuk bahan B hingga lumat

  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan B hingga masak

  5. Masukkan bahan A yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.

  6. Masukkan daging ke dalam kuali. Tutupkan kuali sehingga air daging hampir kering atau tambah air jika daging masih liat.

  7. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Garam dimasukkan hanya setelah daging empuk. Masukkan kerisik. Kacau dan tutup semula kuali.

  8. Apabila santan hampir kering, masukkan tomato yang dibelah 8 dan cili merah. Kacau dan biarkan seketika. Pastikan cukup rasa masin, manis dan masam tomato. Sedia untuk dihidang.

Komen