Kek Keju Cheddar

Resepi Kek Keju Cheddar

 Dihantar Oleh Pada 05 December, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 - 15 orang
Description

Tunggu dan lihat......................

Share:
Bahan-bahan
  • 250 g mentega
  • 230 g gula kastor
  • 4 biji telur Gred A
  • 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
  • 100 ml susu UHT
  • 280 g tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder
Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.

  2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.

  3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.

  4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.

  5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua