Resepi Agar-Agar Gula Merah

 Dihantar Oleh Pada 23 November, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 inchi bulat
Description

Resipi waktu bebudak dulu tp di permudahkan...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 peket (13g) Agar-agar serbuk
  • 150g Gula Merah/Palm serbuk
  • 100g Gula Pasir
  • 1150ml Air
  • 140ml Santan (kurangkan jika mahu 2 lapisan)
  • 2 biji Telur (di pukul dgn Santan)
  • 1 helai Daun Pandan - koyak & simpul
Cara-cara
  1. Rebus agar2 & air sehingga menggelegak.

  2. Masukkan gula & daun pandan. Masak sehingga gula hancur.

  3. Akhir sekali masukkan bancuhan telur & santan. Kacau supaya tidak bergentel & masak beberapa minit.

  4. Angkat & tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dlm fridge.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua