Dihantar Oleh Pada 22 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Sajian untuk 3 - 4 orang
Description

Sesuai sebagai menu tengahari dengan nasi panas. Terpulang dengan citarasa masing2 nak tambah bahan, rasa dan cara.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ikat kacang panjang - anggaran 10 batang
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • 1 kiub belacan atau 2 inci - ditumbuk
  • <300gm> udang kering - direndam seketika
  • 1 biji limau kasturi
  • * kiub pati ayam - optional
  • *Garam, gula / serbuk perasa
  • * garam boleh ditukar dengan kiub pati ayam dan penggunaan belacan juga sudah menyediakan rasa masin.
Cara-cara
  1. Potong kacang panjang dan bersihkan.

  2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau dan masukkan udang kering.

  3. Masukkan kacang panjang dan renehkan seketika. Sekiranya berminat dengan penggunaan *kiub pati ayam, boleh masukkan sekali.

  4. Tambahkan *garam dan gula / serbuk perasa.

  5. Perahkan jus limau kasturi, gaul dan sedia untuk dihidangkan.

Komen