Resepi Kentang Goreng

 Dihantar Oleh Pada 22 November, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 biji kentang saiz besar
Description

Menu orang bujang yang ringkas dan lazat. Boleh juga dimakan sebagai pengganti nasi untuk pengamal diet. Sesuai untuk sajian minum petang.

Share:
Bahan-bahan
  • 3 biji kentang bersaiz besar
  • 1 kiub pati ayam / bilis
  • Air secukupnya utk merebus
  • Minyak utk menggoreng - "deep fry"
Cara-cara
  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.

  2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka - saya potong kentang kepada 4 bahagian.

  3. Rebus kentang sehingga agak empuk. Masukkan sekali kiub pati ayam / bilis ke dalam rebusan kentang.

  4. Setelah kentang agak empuk, angkat dan toskan sebentar sambil menunggu minyak panas.

  5. Apabila minyak sudah panas. Goreng kentang secara "deep fry" sehingga warna kentang kelihatan perang.

  6. Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu serap minyak.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua