Resepi Kek Lapis Goyang Dangdut

 Dihantar Oleh Pada 20 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 8x8x3.5
Description

Resipi kek lapis biasa (tiada bercorak yang rumit). Satu lagi variasi kek lapis (kukus) Sarawak.

Share:
Bahan-bahan
  • 10 biji telur ayam
  • 16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn
  • 1 tin susu manis = 390gm
  • 1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)
  • 3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf
  • 1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm
  • pewarna kuning dan cokelat
Cara-cara
  1. Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.

    open-uri20151010-29872-10rkig1
  2. Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.

    open-uri20151010-29872-zdanl3
  3. Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer)

    open-uri20151010-29872-1z0rcml
  4. Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.

    open-uri20151010-29872-6pffdt
  5. Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.

    open-uri20151010-29872-erp2hm
  6. Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.

    open-uri20151010-29872-2dwila
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

    open-uri20151010-29872-2ugnsg
  8. Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.

    open-uri20151010-29872-aumb18
  9. Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan)

    open-uri20151010-29872-1nu5qwm
  10. Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.

  11. * Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.

    open-uri20151010-29872-m7hg8y
  12. * Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.

    open-uri20151010-29872-14y8w57
  13. * Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.